GLA COMPLEX

Haid tidak teratur

8:00 PM

Haid tidak teratur atau kitaran haid berbeza pada setiap bulan. Contohnya kitaran haid selama 20 hari kemudian  30 hari  dan seterusnya  28 hari.Tempoh kitaran haid tidak teratur serta tidak konsisten pada setiap bulan. Masalah ini menimbulkan banyak kerisauan kepada wanita tentang kemungkinan menghidap penyakit kanser, menopause. Wanita yang mempunyai haid tidak teratur juga sering dikaitkan dengan ketidak boleh hamil.

Haid tidak teratur

Haid tidak teratur  dipengaruhi oleh banyak faktor. Secara amnya proses ovulasi adalah kitaran haid dimana ovari melepaskan telur setiap bulan.Pada masa yang sama perubahan hormon berlaku pada rahim untuk proses kehamilan. Ovulasi berlaku dan apabila telur tidak disenyawakan lapisan rahim akan luruh pada faraj. Proses ini dinamakan tempoh masa atau kitaran haid.

Kitaran haid dikira pada hari pertama datang darah haid harus dipaham kitaran haid adalah tidak sama untuk setiap wanita, biasanya tempoh kitaran haid berlaku pada setiap  21 hingga 35  hari selama 2-7 hari lamanya. Untuk 1 tahun pertama mula didatangi haid, kitaranya adalah lebih panjang dan semakin pendek selari dengan peningkatan umur

Kitaran haid yang normal adalah apabila jika tempohnya sama atau berbeza hari tetapi tidak ketara dan masih dalam bulan yang sama.

Punca Haid Tidak Teratur

Haid tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah

> Kehamilan – Seorang wanita yang sedang hamil tidak akan datang haid.

> Menyusukan bayi – Seorang ibu menyusukan bayi juga menyebabkan kitaran haid tidak teratur

> Hormon tidak stabil - Gangguan hormon pada kaum hawa juga buat kitaran haid tidak teratur.

> Terlalu kurus – Diet pemakanan,senamam berlebihan dan penurunan berat badan melampau juga punca kitaran haid tidak teratur.

> Pengambilan Ubat – Pengambilan ubat & Pil Perancang kehamilan juga kenapa haid tidak teratur terjadi.ketika mengambil atau perberhentian ubat baru atau pil perancang akan menyebabkan perubahan hormon pada tubuh lalu memacu kepada sebab haid tidak teratur.

> Menopause – Pre menopause adalah peralihan ketidak produktif atau peralihan usia sebelum umur 40 tahun.Waktu ini wanita akan menghadapi masalah haid  tidak teratur berlanjutan selama setahun sebelum menopause atau kitaran haid berhenti sepenuhnya.

> Masalah Kesihatan – Haid tidak teratur juga boleh berlaku pada wanita yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti masalah kelenjar tiroid , kanser rahim ,senggugut atau keputihan.

Mengatasi Haid Tidak Teratur

> Pengambilan pil hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid
> Merancang diet pemakanan dan senaman berterusan
> Mengurangkan pengambilan pil perancang bagi tidak mahu anak dan rawatan kesuburan bagi haid tidak teratur yang gagal hamil.
> Melakukan pemeriksaan dalaman dan ujian darah untuk mengetahi punca sebenar haid tidak teratur

Pengambilan pil estrogen dan progesteron dalam rawatan kesuburan atau haid tidak teratur boleh menyebabkan telur dihasilkan lebih dari dua dan berisiko mendapat  kehamilan kembar. Pengambilan pil horman juga akan membuatkan si pemakan berasa loya dan pening.

Pengambilan GLA Complex dapat mengatasi masalah haid tidak teratur sekali gus membantu meningkatkan kesuburan seseorang wanita itu..

Haid tidak teratur



Nak dapatkan sebotol GLA Complex ?? Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya melalui

. Facebook : Junaidah Marni ( Sila add friend dahulu ya )

. Sms / call/ whatsapp:  016-2202565 
. Pages Facebook : SIHATNutrisiShoppe



You Might Also Like

3 comments

  1. Thanks for the information, I am glad to be able to read your article
    Also read our article
    Cara alami mengatasi Serangan Jantung dengan obat herbal(Tanpa Operasi)
    Cara Mengobati Cantengan di Jempol Kaki dan Tangan Secara Alami Ampuh
    Do not forget to update and hold yes

    ReplyDelete
  2. I really like your blog post very much. You have really shared a informative and interesting blog post with people.
    Jenis Keputihan Yang Tidak Normal serta cara pengobatannya
    Penyebab, Gejala & Cara Alami Mengobati Demam Berdarah / DBD
    May be useful

    ReplyDelete

LIKE US ON FACEBOOK