IBU HAMIL

Penyusuan semasa hamil

8:00 AM

Soalan yang biasa didengar apabila bayi ada masih menyusu badan dan dalam masa yang sama anda juga di sahkan hamil lagi.. Gembira dengan rezeki yang Alah berikan. Tetapi bimbang jika tak dapat menyusukan anak pertama lagi ? Siapa kata mengandung tak boleh menyusukan anak ? 


Jangan bimbang jika anak pertama anada masih kecil dan belum mencecah umur setahun dan anda mengandung lagi, anda boleh menyusukan anak semasa mengandung. Asalkan keadaan ibu dan kandungan sihat dan stabil

Ada ibu yang mengandung walaupun baby masih lagi beberapa bulan. Nak berhentikan menyusu, tak sampai hati. Nak teruskan bimbang badan ibu yang tak larat pula.. Namun jika anda betul-betul nekad nak menyusukan anak anda, pastikan kandungan anda sihat dan stabil dan sebaiknya minta pandangan doktor.

Jika doktor sendiri maklumkan kandungan anda dalam keadaan baik, penyusuan boleh diteruskan. Namun ada beberapa keadaan di mana anda tak di galakkan meneruskan penyusuan semasa mengandung iaitu 

1)Ibu yang pernah mengalami keguguran
2)Ibu pernah melahirkan anak pra matang
3)Jika ibu mengalami sakit perut yang kuat atau pendarahan, penyusuan perlu dihentikan

Bagi ibu yang tidak mengalami masalah diatas, anda boleh meneruskan penyusuan untuk si kecil anda. :)

Berikut adalah tips untuk anda yang nak menyusukan bayi anda semasa mengandung..

->> Jaga pemakanan dan ambil makanan berzat. Ibu yang mengandung memerlukan 200-400 kalori tambahan untuk pembesaran bayi dalam kandungan. Manakala jika anda menyusukan anak pada masa yang sama, anda perlukan tambahan 600-700 kalori sehari. Jadi pastikan anda ambil makanan seimbang yang mengandungi semua khasiat pemakana penting untuk bayi dan kesihatan ibu juga

->> Apabila anda mengandung, puting akan merasa sedikit sakit dan sensitive bila anak melekap semasa menyusu. Pastikan anak anda melekap dengan betul bagi mengelakkan puting melecet.

->> Jika anda merasa kurang selesa dan tidak sihat, mual dan sebagainya pada awal kehamilan, amalkan menyusu anak anda sambil mengiring. Letakkan bantal di belakang badan anda untuk posisi penyusuan yang lebih selesa

->> Ibu yang mengadung memang akan sentiasa cepat letih, Jadi banyakkan berehat dan dapatkan rehat secukupnya. Jika perlu, minta bantuan ibu atau suami menjaga si kecil anda selama 1-2 jam bagi tubuh anda mendapatkan rehat yang secukupnya. Guna masa ini untuk berehat sepenuhnya atau tidur sebentar

->> Jika perlu ambillah supplement semasa hamil. Lebih-lebih lagi jika anda bukan seorang yang prihatin terhadap pengambilan makana berkhasiat dan seimbang. Malah anda kini sedang menyediakan makanan untuk 3 orang. Jadi memang di galakkan mengambil supplement untuk diri anda.

Antara supplement yang dicadangkan semasa hamil ialah Set J  dan ESP

Penyusuan semasa hamil


Set J penting untuk kesihatan tubuh anda, memastikan anda mendapat bekalan asid folic, zat besi dan kalsium secukupnya. Manakala ESP pila protien soya di mana ia sangat membantu tubuh anda menghasilkan susu dengan lebih cepat.

Di sini , Jun kongsikan ibu-ibu yang telah mangambil Vitamin kehamilan dan dalam masa yang sama menyusukan bayi mereka.



Penyusuan semasa hamil

Penyusuan semasa hamil


Alhamdulillah, kesan dari pengambilan supplemet sangat membantu ibu memberikan tenaga, bayi dalam kangungan dan masa yang sama menyediakan susu untuk bayi yang masih memerlukan susu ibu. Bagi Ibu-ibu diluar sana yang masih menyusukan anak semasa mengandung, janganlah berkita tentang pengambilan supplement ya, sebab semua adalah untuk keperluan anak dan bayi yang dikandung.

Dan jika anda mengambil SET J ini, anda tidak perlu mengambil vitamin yang doktor bagi sebab didalam set ini telah lengkap dengan zat besi, multivitamin dan juga folic asid yang penting untuk tumbesaran bayi

Buat semua ibu mengandung yang menyusukan anak dalam masa yang sama, tahniah dari saya kerana bukan mudah nak menyediakan fizikal dan mental untuk melakukannya. Jangan lupa, pastikan anda mengambil makanan berkhasiat dan seimbang ya. 

Semoga dengan perkongsian artikal ini membanwa manfaat pada pembaca semua..

Happt Breasfeeding !!!  :)


You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK