IBU HAMIL

Anemia atau Hb rendah semasa hamil

11:51 PM

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Vitalea Shaklee

Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

Zat besi diperlukan dalam menghasilkan hemoglobin yang merupakan sejenis protein di dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke sel-sel badan ibu dan juga kepada bayi dalam kandungan. Semasa hamil, keperluan zat besi turut meningkat bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin, selain diperlukan untuk pembesaran bayi dan plasenta (uri). Kuantiti zat besi yang diperlukan semasa hamil meningkat sehingga 18mg ke 27mg sehari.

Namun, kebanyakan wanita tidak memiliki bekalan zat besi secukupnya sejak dari awal kehamilan lagi. Jadi, badan ibu tidak dapat membekalkan zat besi secukupnya buat ibu dan kandungan terutama apabila memasuki Fasa 2 dan Fasa 3 kehamilan. Apabila sampai di satu tahap di mana badan ibu tidak mempunyai bekalan zat besi lagi, penghasilan hemoglobin akan terhenti dan ibu akan mendapat anemia.

Risiko ibu untuk mendapat anemia juga meningkat jika ibu mengalami:

> ‘Morning sickness’ yang teruk
> Hamil kembar atau lebih
> Mengambil diet yang kurang zat besi

Walaupun seringkali berpunca dari kekurangan zat besi, anemia semasa hamil boleh juga disebabkan oleh:

> Kekurangan asid folik (Vitamin B12) 
> Sesetengah penyakit seperti Sickle Cell

Ibu hamil yang mengalami anemia sering merasa:
 

> Letih
> Lemah 
> Pening 
> Pucat 
> Jantung berdegup laju 
> Semput atau nafas pendek 
> Sakit kepala 
> Sukar fokus

Namun ada sesetengah simptom ini adalah simptom biasa semasa mengandung.

Adakah anemia semasa hamil mempengaruhi bayi? Lazimnya, bayi akan tetap mendapat keperluan zat besinya terlebih dahulu dari ibu. Namun, anemia semasa hamil boleh membawa kepada:
 

> Bayi lahir tidak cukup bulan
> Bayi lahir kurang berat 
> Bayi lahir mati (‘stillbirth’) 
> Mempengaruhi kesihatan ibu hamil 
> Tumpah darah semasa bersalin 
> Peningkatan risiko meroyan (postpartum depression) 
> Mempengaruhi simpanan zat besi bayi di peringkat awal kelahiran 
> Bayi berisiko tinggi untuk menghidap anemia.

Jadi anemia semasa hamil mestilah dipandang serius oleh ibu kerana risiko yag datang bersamanya adalah besar.Amalkan diet yang seimbang dan kaya dengan zat besi seperti mengambil:
 

> Daging merah 
> Kacang 
> Tofu 
> Kismis 
> Sayuran hijau 
> Kerang

Bagi ibu-ibu hamil, perkara ini jangan diambil remeh. Pengambilan 2 biji Shaklee Vita-lea Iron Formula dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

Pengambilan Prenatal vitamin juga dapat membantu badan ibu menerima zat besi dan vitamin penting lain secukupnya.

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK