AGAMA

Amalan dan Doa ketika mengandung

8:00 AM

Assalamualaikum.wb.t
 
Saya nak berkongsi amalan dan doa ketika mengandung kepada ibu-ibu dan bapa-bapa. Disamping menjaga pemakanan semasa mengandung, kita juga hendaklah mengamalkan doa-doa bagi mendapatkan anak yang soleh dan solehah. Kerana di dalam Islam terdapat ribuan rahmat dan keberkatan di dalamnya jika kita mengamalkan agama Islam ini dengan sempurna.


Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu hamil ialah berzikir mengingati Allah S.W.T serta memperbanyakkan membaca Al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Ra'd ayat 28 :

" Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah S.W.T. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah S.W.T. , hati menjadi tenang."


1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya' ayat 21:87 :

"Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri."

Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :

"Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi'at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya."
(Hadis riwayat Ibn Sunni)

Doa-doa dan amalan-amalan ni Aini ambil dari buku Diari Hamil.

Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :

Thanks kepada blogger-blogger untuk doa-doa ni.
1)
"Ya Tuhan, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba-Mu."

2)

"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim."

3)
"Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh."


Apabila saat hampir bersalin, bacalah doa ini :

4)
"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah."


Untuk memudahkan bersalin digalakkan juga membaca ayat Kursi.

5)



"Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjanjikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. 
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.


Seterusnya, perbanyakkan membaca tasbih ini :

6)
Maha Suci Allah

7)
Aku pohon ampun kepada Allah


Sentiasa membaca doa ini : 

8)

"Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan Yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepada-Nya daripada sekalian yang mempunyai dengki."

*Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu.

9) Surah Al-Ansyiqaq


10) Sentiasa membaca surah Maryam.


11) Surah An-Nahl (ayat 78-80)
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Marilah sama-sama kita amalkan. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Amin.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sama-sama kita berselawat di hari Jumaat yang penuh berkat ini. Sebagai ibu bapa juga kita hendaklah mendidik anak-anak menadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. 

Dengan ilmu dan cara didikan yang betul akan melahirkan anak-anak yang berguna untuk kita diri kita dan keluarga serta agama. Kita hendaklah mendidik anak-anak yang lahir menjadi insan yang mulia disisi Allah SWT. 

Wallahualam.

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK