TIPS : KURUS

6 Tips Makanan Diet Yang Sesuai Diamalkan

8:00 AM

Salah satu faktor yang mempengaruhi berat badan anda adalah cara pemakanan anda. Di dalam artikel ini saya akan memberikan anda contoh-contoh makanan diet yang anda boleh ambil untuk mengekalkan atau membantu lagi proses pengurusan badan anda. 

 slimming set shaklee

Contoh-contoh makanan dibawah ini akan saya bahas satu persatu pada masa akan datang tapi buat masa sekarang saya cuma memberikan beberapa idea untuk anda amalkan diet. Berikut adalah contoh-contohnya: 

1) Teh hijau

Kajian telah menunjukkan bahawa teh hijau mampu menghilangkan kalori sebanyak 135 sehari. Tambahan lagi, teh hijau menghilangkan 8kg dalam masa setahun untuk lelaki, bagi kaum wanita pula ia menurukan lemak berlebihan anda sebanyak 5 kg tanpa melakukan apa-apa senaman mahupun menahan nafsu makan.

2) Buah-buahan yang sesuai untuk diet 

slimming set shaklee

Buah yang terbaik untuk anda mulakan diet anda adalah:
• Epal
• Jambu batu
• Betik
• Oren
• Betik
• Pisang

Makan kesemua buah-buahan tersebut dalam keadaan mentah dan segar. Buah-buahan tersebut semuanya mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan. Tetapi saya sarankan anda untuk tidak hanya memakan buah-buahan sahaja oleh kerana anda memang terlalu ingin menurunkan berat badan. Keseimbangan makanan perlu anda titikberatkan juga. 

3) Diet dengan susu

Anda juga boleh mengamalkan susu dalam amalan makanan diet anda. Perkara yang perlu anda ingat, susu mempunyai 2 jenis: susu rendah lemak dan penuh krim. Susu rendah lemak yang perlu anda amalkan.

Antara kelebihan susu yang anda boleh dapatkan:
• Meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.
• Membina otot (susu khas untuk bina badan)
• Memulihkan otot-otot badan.
• Memudahkan pencernaan perut. 

4) Diet dengan sayur-sayuran

slimming set shaklee

Keadaan sayur yang paling baik dimakan adalah yang segar. Di Malaysia, biasanya kita suka memasak sayur terlalu lama. Ini menyebabkan sayuran tersebut kehilangan sumber-sumber zat yang diperlukan oleh badan. Apa yang anda makan hanyalah tak lebih seperti makanan yang biasa anda makan yang boleh menaikkan berat badan anda. Untuk menurunkan berat badan, makan sayur-sayur yang masih segar adalah lebih baik. 

5) Diet menggunakan air mineral/kosong

Saya mempunyai seorang kawan yang mengamalkan minum air kosong atau mineral, bukan sejuk selepas bersenam sebanyak satu botol besar. Dalam masa sebulan sebanyak 15kg dia turun dan tentunya senaman yang dilakukan adalah konsisten setiap hari. 

Dengan meminum air mineral selepas bersenam, ia akan membantu anda membuang lagi lemak-lemak toksik yang berada didalam badan anda melalui peluh. Sebab itulah anda perlu minum air masak, jika anda meminum air yang sejuk, lemak-lemak anda akan terperangkap dan badan anda tidak boleh memproses peluh untuk membuang lemak-lemak tersebut. 

6) Menu sarapan yang perlu diamalkan dalam diet

Sarapan pagi yang sihat yang saya syorkan untuk anda adalah:
• Sarapan dengan bijirin
• Quacker oat
• Putih telur juga sesuai untuk anda kerana ia mengandungi protein. 

slimming set shaklee

Akhir kata dari saya, apa yang saya sampaikan diatas boleh anda amalkan mengikut kesukaan anda. Anda boleh pilih jenis pemakanan mana yang anda paling suka. Tapi anda perlu ingat, contoh makanan diet yang saya tunjukkan di atas bukan bermakna anda perlu mengamalkan satu corak pemakanan sahaja seperti anda hanya makan buah-buahan sahaja untuk waktu yang lama.

Tubuh badan manusia memerlukan pelbagai jenis zat dan vitamin untuk kekal sihat. Tiada gunanya jika mempunyai tubuh yang kurus tetapi tidak sihat. Yang penting jaga makan dan stay healthy.


You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK