IBU MENYUSU

Teknik latch (pelekapan) yang betul semasa menyusukan

11:19 AM

Teknik Lekapan Latch Yang Betul

Kebiasaan ibu-ibu yang mengalami masalah payudara melecet kerana bayi anda menyusu pada puting payudara, bukannya pada areola.

Teknik latch yang betul adalah bayi mesti menyusu pada bahagian areola anda, bukannya pada puting. Jika bayi menyusu pada areola, masalah kesakitan pada puting payudara tidak akan berlaku.

Contoh seperti gambar di bawah :

Teknik latch (pelekapan) yang betul semasa menyusukan


Pastikan bayi anda disusukan dengan cara yang betul kerana selain daripada puting payudara melecet, jika salah teknik semasa penyusuan membuatkan bayi tidak akan mendapat manfaat susu badan maksima. Ini kerana bayi menghisap puting payudara, bukannya areola anda.

Cara Menyusu Dengan Latch Yang Betul

Teknik latch (pelekapan) yang betul semasa menyusukan

1) Kedudukan Badan

- Pastikan anda selesa dimana bayi anda didukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan bayi diatas lengan anda
- Jangan bersandar terlalu jauh daipada bayi anda sehingga susah bayi mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi anda
- Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.

2) Cara mendukung bayi

- Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaa selari
- Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
- Bayi rapat dengan ibu dimana punggung, kepala dan bahu bayi diampu

3) Cara memegang payudara

- Cara yag betul adalah pegangan C iaitu jari ibu di atas puting dan jari lain di bawah puting
- Cara yang salah adalah pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari letnjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting

4) Cara penyusuan

- Sentuk bibir bayi, tunggu mulitnya terbuka luas
- Gerakkan badan bayi ke arah payudara
- Pastikan bayi megambil lebih kawasan hitam payudara (areola)
- Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
 
Pastikan penyusuan itu selesa, jika ada rasa kesakitan semasa menyusu, ada kemungkinan latch tidak sempurna jadi mulakan semula dengan keluarkan payudara anda dari mulut bayi. Cara nak keluarkan payudara dari mulutnya adalah dengan memicit bahagian areola dengan jari anda.

Dengarkan bayi menelan, tanda bayi mendapat susu dengan baik.

Ibu-ibu jangan berputus asa amalkan teknik ni ye. Tiada yang senang melainkan dengan latihan. Bila sudah terbiasa ianya adalah mudah sahaja demi bayi anda yang tersayang. Dan juga demi diri anda sendiri berasa selesa dalam setiap kali penyusuan.

Pelekapan sempurna juga dapat mengelakkan bayi anda dari menolak penyusuan terus anda. Bagi ibu yang ada masalah menolak penyusuan direct, apakata semak cara penyusuan anda adakah menggunakan teknik lekapan yang betul atau tidak.

Semoga lebih ramai ibu yang dapat menyusukan bayi dengan gembira dalam tempoh penyusuan eksklusif dan hebat ini.

 

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK