TIPS : PENYUSUAN

Saiz perut bayi yang baru Lahir

4:36 PM

Assalamualaikum.w.b.t
Selamat berhujung minggu dan beristirehat..
Alhamdulillah masih di beri kekuatan dan kesihatan untuk terus berkongsi info-info menarik kepada anda semua walau pun sibuk bekerja dan menguruskan rumahtangga...

Hari ni saya nak share kepada bakal-bakal ibu dan ibu-ibu diluar sana yang mungkin masih belum mengetahui dan keliru tentang saiz perut bayi yang baru Lahir...

Seringkali ibu terutamanya ibu baru risau bayinya yang baru lahir tidak cukup susu. Tangisan bayi sering disalah anggap sebagai tanda bayi lapar, sedangkan bayi menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau kerana dia tidak berasa selesa. Keadaan bertambah mencabar bila banyak suara di sekeliling ibu yang menambahkan rasa gusar hati itu. Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan bayi.

Benarkah bayi menangis kerana lapar? Sedangkan ibu baru sahaja menyusukan bayi 5 minit yang lepas. Untuk itu, mari kita lihat, berapa besar perut bayi... 



http://www.sihatnutrisi.com/2013/03/tips-penyusuan.html
 
Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.

Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil.

Mengetahui tentang itu, ‘badan ibu’ hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Ye la, cuba bayangkan saiz perut si kecil yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4 – 5 kali ganda banyaknya. Bukankah lebih dari cukup?

Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.

Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.

http://www.junaidahmarni.com/2015/05/set-penyusuan-shaklee-rahsia-susu-banyak.html
 
Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.

Apa terjadi jika bayi minum susu terlalu banyak daripada kuantiti susu yang bersesuaian dengan umurnya?

➜ Bayi akan muntah susu
➜ Bayi berasa perutnya tidak selesa
➜ Bayi terbiasa minum susu dengan banyak

Jika ibu risau tidak cukup susu (sedangkan tidak), apa boleh terjadi?

➜ Ibu mungkin risau dan boleh stres
➜ Ibu mungkin akan memberi susu lain selain daripada susu ibu
➜ Bayi akan terlalu kenyang dan kurang meminum susu ibu
➜ Bayi kurang mendapat khasiat susu ibu kerana telah dikenyangkan dengan susu buatan
➜ Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang 'demand' ini, membuatkan 'supply' berkurangan
➜ Lama-kelamaan ibu boleh mengalami masalah kurang susu


http://www.junaidahmarni.com/2015/05/tips-mengumpul-stok-susu-ibu-yang-banyak.html

Dengan mengetahui saiz perut bayi baru lahir dan anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan, inshaAllah

➜ Ibu yakin badan ibu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi kerana bayi cuma minum sedikit sahaja pada permulaan hidupnya
➜ Ibu boleh menapis kata-kata orang lain yang menyarankan ibu untuk menambah susu lain selain daripada susu ibu
➜ Kemungkinan untuk ibu menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meningkat
➜ Ilmu suluh kehidupan. 


Semoga ibu-ibu dipermudahkan untuk menyusu dan diberi kejayaan.

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK