IBU MENYUSU

Mengapa puting melecet semasa menyusukan

2:00 PM

Assalamualaikum. w.b.t

Masalah puting melecet semasa menyusukan banyak terjadi kepada ibu-ibu yang baru memulakan penyusuan kepada bayi.. Jun juga tidak terkecuali.. Tapi hanya untuk beberapa hari sahaja..Alhamdulillah, selepas itu dah elok..

Ibu-ibu yang mengalami masalah macam ni jagan gusar dan jangan pula give up untuk memberikan susu ibu kepada bayi anda ye.. 

Ikuti artikal ini, mengapa dan bagaimana nak mengatasi masalah puting melecet semasa menyusukan.

Mengapa puting saya terasa pedih ?

Rasa pedih pada bahagian puting semasa menyusukan adalah sesuatu yang biasa bagi ibu-ibu yang baru menyusu badan dan ramai yang memikirkan ia adalah sebahagian daripada pengalaman penyusuan badan. Tetapi ini tidak benar. Anda mungkin akan rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama. Tetapi sakit yang teruk atau berpanjangan adalah tidak normal.

Penyusuan badan sepatutnya menyeronokkan bagi anda dan bayi. Jika tidak, ia mungkin adalah tanda bahawa anda perlu membuat beberapa perubahan.

Apakah punca puting pedih ?

Ada beberapa perkara yang mungkin membuat puting anda pedih, tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Jika teknik lekapan yang salah dan bayi anda tidak melekap dengan betul, akibatnya anda akan merasa sakit. Satu atau sesetengah daripada masalah berikut mungkin menyebabkan puting anda pedih.

1) Kesukaran untuk melekap

Bayi anda tidak melekap dengan betul. Jika bayi anda terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan. Oleh itu ibu harus memastikan bayi anda memasukkan payudara anda ke dalam mulutnya (bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, bayi anda perlu membuka mulutnya dengan luas, atau mengangakan mulut.

Jika bayi anda tidak menganga untuk memasukkan payudara anda, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya, hentikan hisapan dengan memasukkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulutnya dan di atas lidah. Lepaskan mulut bayi daripada payudara dan mulakan sekali lagi. 

Mengapa puting melecet semasa menyusukan

Jika puting anda sangat pedih dan merekah atau berdarah, anda boleh sapukan minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Dengan cara ini, puting anda dapat sembuh tanpa membentuk kerak luka. Anda juga tidak perlu membersihkan puting daripada kesan minyak sebelum penyusuan seterusnya

2) Lidah terikat

Bayi anda mungkin mengalami masalah lidah terikat, iaitu lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Tanda-tandanya termasuklah dia tidak boleh melekap dengan betul pada payudara anda, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah dengan cukup.

Mengapa puting melecet semasa menyusukan

Bayi anda perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk susu daripada payudara anda. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidah dengan sempurna, dia mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya.

Ibu bapa perlu berjumpa dengan doktor untuk memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan melalui satu prosedur mudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati perubahan besar dalam penyusuan bayi di mana dia akan dapat menyusu dengan sempurna.

3 ) Jangkitan fungus (thrush)

Puting anda sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna anda mengalami jangkitan fungus pada puting anda. Jangkitan fungus terjadi apabila organisme yang secara semula jadinya hidup dalam badan anda merebak tanpa kawalan.

Segerelah berjumpa dengan doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti-fungus kepada anda dan bayi. Jika anda mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi anda, samada ketara ataupun tidak. Anda berdua perlu menjalani rawatan pada masa yang sama, supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.

4) Dermatitis


Puting anda merah dan gatal. Ini mungkin tanda-tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai. Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja.

5) Tumbuh gigi

Bayi anda sedang tumbuh gigi dan menggigit anda. Jika gusi bayi bengkak, dia mungkin menukar cara penyusuan supaya dia lebih selesa. Jika dia mengigit anda, ini bermakna lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara ke mulutnya.

Mengapa puting melecet semasa menyusukan

Ibu haruslah membantu bayi anda menganga dan menjulurkan lidahnya. Anda boleh melakukannya dengan cara menyentuhkan bibirnya pada puting anda dan apabila dia sudah memberi respon, dekatnya dengan cepat ke payudara anda. Bayi yang lebih besar kadang kala membuka mulut tetapi menarik lidah ke dalam apabila sudah menganga, jadi anda perlu bergerak cepat!

6) Menyusukan semasa hamil

Mengapa puting melecet semasa menyusukan


Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan. Ibu harus bersabar ! Puting anda sepatutnya akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Jika anda terasa sangat sakit, anda boleh gunakan minyak atau krim lanolin ditulenkan untuk melegakannya.
 
7) Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara

Bra yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Lapik payudara dan lapisan plastik pada bra juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.

Pililah bra yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Jika puting anda merekah, anda juga boleh cuba gunakan lapik payudara berubat.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu bakal ibu dan ibu-ibu diluar sana dalam mempersiapkan diri dalam menjayakan perjalanan penyusuan susu ibu..

 

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK