MASALAH : PERUT KEMBUNG/ANGIN

Masalah perut kembung

11:08 PM

Assalamualaikum.w.b.t

Entry kali Jun nak citer tentang masalah perut kembung. Perut kembung atau kembung perut ialah reaksi angin perut. Apabila anda makan,minum dan menelan bersama air liur,kadangkala badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan. Kembung perut tidak semestinya akan mengeluarkan bunyi. Bunyi ini dikenali juga dengan sendawa. Bunyi sendawa ada kalanya merimaskan dan memalukan. 

peppermint gingger plus
  
Bagi kebanyakan masyarakat, sendawa di depan orang masih boleh diterima tetapi individu itu dianggap kurang sopan jika 'terlepas angin'. Bukan saja orang sekeliling berasa kurang senang tetapi individu itu sendiri turut malu dan mungkin menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat!

Semua peringkat umur mengalami masalah perut kembung. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.

Isu angin atau gas ini adalah isu semua orang, jadi tiada apa perlu dimalukan. Dianggarkan 7 atau 8 daripada 10 orang ada masalah ini.

Sistem Pencernaan 

Secara purata kita menghasilkan antara 0.5 hingga 2 liter gas dalam sistem pencernaan setiap hari. Gas ini membabitkan beberapa jenis iaitu oksigen, karbon dioksida, nitrogen, hidrogen sulfida, ammonia dan metana.

Oksigen, karbon dioksida dan nitrogen yang masuk ke dalam sistem pencernaan melalui mulut (ketika kita menelan) adalah komponen paling besar. Gas ini tidak berbau tetapi bau kentut yang busuk disebabkan kehadiran gas surih seperti hidrogen sulfida yang terhasil apabila makanan di dalam usus mengalami proses pereputan.
 

Sendawa dan Kentut

Sendawa dan kentut adalah 2 fungsi badan yang penting untuk mengeluarkan gas ini, namun kebanyakan gas dikeluarkan melalui kentut. Yang membezakan ialah ada orang kentut lebih kerap.

peppermint gingger plus
  
Kentut antara 6 hingga 20 kali sehari adalah normal. Malah ada laporan mengatakan kekerapan kentut sehingga 25 kali sehari juga perkara normal walaupun ia mungkin mendatangkan rasa kurang selesa.
 
Gas yang terkumpul dalam perut dan usus dikeluarkan secara berperingkat sepanjang hari. Biasanya ia tidak menimbulkan masalah tetapi bagi individu yang sensitif, pengumpulan gas ini menyebabkan ketidakselesaan. 

Perut Kembung 

Jika gas ini tidak dikeluarkan, ia menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan tidak selesa. Keadaan ini boleh menjejaskan daya tumpuan, prestasi kerja dan kualiti hidup. Masalah biasa dialami hampir kebanyakan orang, terutama wanita. Selain itu orang tua, pesakit kencing manis atau pesakit yang mengambil ubat yang boleh memperlahankan aktiviti usus juga kerap mengalami masalah ini. 

Gas dalam usus datang daripada 2 sumber utama iaitu udara yang ditelan dan makanan. Setiap kali kita menelan, sedikit gas masuk ke dalam perut dan berpindah ke usus kecil yang mana sebahagian daripadanya diserap. Baki gas yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar (kolon) dan dikeluarkan melalui dubur (rektum). Namun bagi sesetengah orang, angin yang masuk ke dalam perut tidak berpindah ke usus kecil atau besar, sebaliknya dikeluarkan melalui mulut (sendawa). 

Biasanya masalah kembung atau sakit perut lebih terasa pada waktu tengah hari, terutama selepas makan, kerana makanan berlemak juga sebenarnya boleh merangsang kepada pengumpulan gas di dalam perut. Ini kerana lemak memperlahankan proses pengosongan perut dan membenarkan lebih banyak gas terkumpul, menyebabkan seseorang berasa kembung dan tidak selesa.

Punca Masalah Angin

 Banyak faktor boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah angin berlebihan, antaranya : 

* Tekanan — Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin.

* Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.

* Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.
 
* Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara.
 
* Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan.

* Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.
 
* Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur. 

Cara mengatasi sering perut kembung

Anda terpaksa mengubah amalan pemakanan. Pengubahan  pemakanan membantu mengurangkan jumlah gas terhasil atau mengeluarkan angin perut dengan lebih cepat melalui sistem anda.

Cuba kenal pasti  makanan-makanan yang mungkin menyebabkan kembung perut seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kubis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula-gula tanpa gula, dan gula-gula getah, roti gandum, bijirin bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais. Perut kembung terhasil daripada makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh dan senak. Kurangkan makanan goreng dan berlemak.

Jika anda ingin mengambil suplemen serat, mulakan dengan beransur-ansur. Pastikan jumlah di ambil sekurang-kurangnya 250 ml. Kurangkan  pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah buat sementara waktu .

Kurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Gunakan produk tenusu laktosa rendah seperti yogurt.  Teh pudina  mengandungi menthol. Menthol di minyak pudina mempunyai sifat-sifat antispasmodic. Secawan teh pudina panas mengatasi perut kembung dan kesakitan berpunca dari angin perut. Elakkan teh pudina jika anda mengalami pedih Ulu hati.

Anda juga boleh atasi Maslah perut kembung dengan Peppermint Ginger Plus Shakle. Vitamin semulajadi yang bebas bahan kimia dan selamat

peppermint ginnger plus


Peppermint Ginger Plus Shaklee  secara klinikal telah dapat membantu dan merawat masalah ketidakhadaman perut. Selain itu, ia dapat merawat masalah
  •     gastrik,
  •     pedih ulu hati
  •     mencegah rasa loya
  •     mabuk laut
  •   dan pelbagai lagi masalah berkaitan dengan ketidakselesaan perut.
Boleh ditelan begitu sahaja atau anda boleh larutkannya didalam air suam atau panas untuk anda nikmatinya.. Rasa segar pudina nya memang menyamankan perut.. 

peppermint gingger plus

Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Badan sihat kehidupan tentunya lebih ceria. Malah WANITA HAMIL juga boleh mengambil Peppermint Ginger Plus Shaklee bagi mengurangkan rasa angin dalam perut.
 
Jika anda ada sebarang pertanyaan dan Order  boleh hubungi saya melalui

. Facebook : Junaidah Marni ( Sila add friend dahulu ya )
. Sms / call/ whatsapp:  016-2202565 
. Pages Facebook : SIHATNutrisiShoppe

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK