HERBALBLEND

Merawat masalah Alahan dan Allegic

8:00 AM

Alahan bermaksud ‘perubahan aktiviti’. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sostem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertekan, tertelan atau tercucuk.

Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan. Penyebab alahan berpunca dari tumbuh-tumbuhan, makanan (terutamanya makanan laut dan bahan kimia yang terkandung dalam perisa, pewarna dan pengawet), ubat-ubatan, gigitan dan habuk.

Alahan juga merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis.

Alahan makanan




Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak/sembap selain perut meragam,muntah,kejang,ruam,ekzema dan lelah.Contoh makanan yang biasa menyebabkan alahan adalah susu, soya,telur,kekacang,gandum,ikan, udang dan kerang.Ia lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak tetapi boleh juga dialami oleh orang dewasa.

Alahan serangga



Satu dalam setiap 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh  lebah dan tebuan yang mengandungi alergen.Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal-gatal kulit biasa selama beberapa jam. Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam yang besar,mengalami bengkak dan gatal-gatal dari beberapa hari ke minggu. Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif kepada sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

Alahan ubat


 

Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa. Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik,dalam masa beberapa minit. Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas alahan adalah seperti antibiotik,sulfa,antiepileptik dan insulin.

Alahan kulit 



Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada pelbagai jenis alergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan oleh sejumlah besar sel mast dan T yang terdapat di dalam tisu-tisu kulit. Gejala: Bengkak, ruam, gatal-gatal dan kulit kemerah-merahan. Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim dan barang kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan tertentu.

Merawat dan menguruskan alahan

Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti jenis tindak balas alahan yang anda alami, sama ada mata berair, bersin atau kesukaran bernafas. 

Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala-gejala. Tanya diri anda beberapa soalan seperti di bawah:

>Di manakah tindak balas berlaku? 
>Di dalam atau di luar rumah?>Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama?
>Adakah anda makan atau minum?>Ingat persekitaran anda - adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?
>Cuba jejak kembali tindakan anda di dalam kepala - adakah anda memakai sesuatu yang baru?
>Adakah anda menggunakan sabun atau bahan pencuci baru?

Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai alergen biasa bagi mengesahkan alahan anda.

Sebaik dikenal pasti, uruskan alahan anda dengan beberapa tip mudah berikut:

1)Hindari alergen yang diketahui
2)Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/miang
3)Selalulah berjumpa doktor
4)Jaga kesihatan anda.

Merawat masalah Alahan dan Allegic dengan Vitamin Shaklee
Merawat masalah Alahan dan Allegic

Alfalfa - Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka

B Complex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress” B Complex mengandungi B6 - penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress...

Bagi yang menghidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit allergy lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini.

Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tissue... 



Merawat masalah Alahan dan Allegic

Herbal Cream - membantu melegakan rasa gatal dan tidak selesa kepada kulit. Juga membantu kulit dari kekeringan dan rekahan.

Bagi anda yang nak cuba ikhtiar dengan Vitamin Shaklee boleh hubungi Jun ye.. Sebarang pertanyaan atau nak Order  bolehla hubungi saya melalui

. Facebook : Junaidah Marni ( Sila add friend dahulu ya )
. Sms / call/ whatsapp:  016-2202565 
. Pages Facebook : SIHATNutrisiShoppe

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK