GARLIC

Bengkak Susu

8:02 PM

Bengkak susu ?? Siapa yang pernah mengalaminya tentu faham macam mana rasa sakitnyakan.. Boleh sampai demam di buatnya.
Bengkak Susu

Biasanya jika bengkak susu sudah terjadi, mengepam payu dara bukanlah satu idea yang baik. Kenapa?? kerana waktu itu, payu dara sudah mengeras dan kita akan cepat rasa sakit jika tersentuh.. Malah saluran susu seakan tersumbat, susu tidak akan keluar dengan banyak. Oleh itu ada beberapa cara lain yang lebih sesuai untuk mengurangkan bengkak susu ini. (cara yang paling baik adalah melalui hisapan langsung daripada bayi). 


Bengkak Susu

Selain daripada hisapan secara langsung daripada bayi, apa kata jika kita cuba beberapa tip dan petua untuk kurangkan bengkak susu ini.
Saya sertakan 10 tip dan petua yang sama-sama kita boleh cuba.. Insyallah, dapat membantu :D



  • Bra sokongan : Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat ya.. 

  • Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir.. pastikan seimbang yea..

  • Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..

  • Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, boleh.. saya selalu juga tuam / mandi air suam kita saya alami bengkak susu.. 

  • Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri

  • Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten..

  • Gunakan sikat.. ye sikat rambut.. ya sikat rambut.. hehehe.. betul ni, bukan lawak-lawak tau.. Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula..

Bengkak Susu

  • Daun kubis pun boleh membantu.. ambik kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu.. daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.. tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu.. ia boleh sebabkan SUSU kita menjadi KERING..

Bengkak Susu

  • Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk.. ambik kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. sapu sekeliling sahaja ye, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh

  • Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau.. banyak khasiat daun sirih ni..ambil daun sirih, layur pada permukaan panas, macam kita layurkan daun pisang tu.. opps lupa pula, sapukan minyak zaitun pada daun sirih sebelum dilayur.. apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak tu... ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak..

Bengkak Susu
 

Akhir sekali, jika sudah tidak tertahan sakitnya, teruslah berjumpa doktor.. kalau nak tahu, ada juga bengkak yang sampai tahap perlu dibedah untuk mengeluarkan susu yang berbaki.. ada juga yang terpaksa mengambil ubat untuk menghentikan pengeluaran susu.



Jadi nasihat saya, mungkin kepada ibu yang baru.. jika terjadinya bengkak susu, jangan dibiarkan yea.. jagalah kesihatan diri.. jika boleh, setkan lah masa untuk mengepam susu.. 
Vitamin yang membantu masalah bengkak susu
Bengkak Susu


Bengkak Susu
Vitamin C

-Meningkatkan sistem inum badan
-Menyingkatkan waktu pemulihan
-Mengurangkan simptom flue dan selsema
-Mmembantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman

Garlic Complex

-Atibiotik yang selamat dan semulajadi
-Mmembantu mengurangkan keradangan
-Meningkat sistem imun tubuh
-Menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, virus dan yis candida

Lecithin

-Mengurangkan kelikatan  dan kelekitan susu daripada melekat sekitar kelenjar susu
-Memastikan pengaliran pengeluaran susu  berjalan lancar
-Selain itu lecithin membantu membakar dan memecahkan lemak disaluran darah dan bantu proses penurunan berat badan ibu


Jika anda ada sebarang pertanyaan dan Order  boleh hubungi saya melalui


. Facebook : Junaidah Marni ( Sila add friend dahulu ya )
. Sms / call/ whatsapp:  016-2202565 
. Pages Facebook : SIHATNutrisiShoppe
 

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK