IBU HAMIL

Alahan semasa hamil - Set Ibu Hamil

11:05 PM

Alahan semasa hamil boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan yang teruk. Itulah dia pengorbanan seorang ibu melalui fasa tempoh awal kehamilan.. Apapun jangan jadikannya sebagai tekanan buat anda.. Jadikan ia sebagai satu pengalaman yang indah buat anda dan bayi anda..


set ibu hamil

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrient. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk

Petua Mengatasi Alahan Semasa Hamil:

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:
 
  • Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
  • Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
  • Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
  • Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
  • Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.
  • Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
  • Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
  • Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda 
  • Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. 
Anda juga boleh mengambil Set Ibu Hamil Shaklee untuk mengurangkan mabuk kehamilan anda. Antara Vitamin Shaklee yang sesuai buat Ibu Hamil adalah B complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, Omega, Esp

set ibu hamil


Sebagai tambahan lagi, anda boleh cuba Peppermint Ginger Plus keluaran Shaklee untuk mengatasi alahan semasa hamil.

Ia bertindak membantu merawat dan mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, muntah di kalangan ibu hamil, sendawa dan penghadaman. 

Manfaat Utama Peppermint Ginger Plus: 
Pudina – Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang dan membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit.

Halia – Masyarakat cina telah menggunakan halia selama lebih dari 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit semasa haid, loya dan mual angin ketika hamil.

Pokok Adas (fennal) – Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.

Cekur manis (anise) – Digunakan oleh orang-orang mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan.

Jangan biarkan alahan semasa hamil itu mengganggu aktiviti harian anda. Lalui detik-detik manis kehamilan dengan hati yang gembira dan kesihatan yang baik.

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan Order  boleh hubungi saya melalui


. Facebook : Junaidah Marni ( Sila add friend dahulu ya )
. Sms / call/ whatsapp:  016-2202565 
. Pages Facebook : SIHATNutrisiShoppe

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK