IBU MENYUSU

Tips Mengumpul Stok Susu Ibu Yang Banyak Semasa Dalam Pantang

7:01 PM

Hari ini saya nak kongsikan beberapa Tip penyusuan  buat ibu2 diluar sana.. yang mana saya sendiri juga lakukan untuk anak ke 2 saya Dalili.. Alhamdulillah saya dapat menyusukannya secara ekslusif selama 2 tahun berbanding kegagalan saya menyusukan anak pertama satu ketika dulu..



Tiada pengalaman, Kurangnya pendedahan tentang kebaikan susu ibu, tiada ilmu pengetahun tentang penyusuan,  kurang mendapat sokongan keluarga dan juga atas alasan kerja saya gagal menyusukan Darwish pada ketika itu.. Yang paling menyedihkan Darwish tak pandai hisap direct terus.. saya hanya beri susu ibu melalui botol sahaja selama dalam tempoh berpantang sahaja.. 

Dalili Sofea - 2 bulan

Apabila saya disahkan hamil kali ke 2, Saya nekad dan tanamkan dalam diri untuk menyusukan bayi saya secara Ekslusif..Saya banyak belajar dari pengalaman yang lalu dan saya pastikan ianya tak kan berulang.. Sepanjang tempoh kehamilan ketika itu banyak bahan bacaan yang saya baca tentang penyusuan.. Saya persiapkan diri dari segi ilmu supaya saya bersedia selepas kelahiran nanti..

Jadi hari ni nak share dengan bakal2 ibu dan semua ibu2 yang sedang menyusukan anak tentang tips bagaimana untuk mengumpul stok yang banyak semasa dalam pantang khusunya untuk ibu2 yang bekerjaya macam saya ni..

Sebenarnya nak dapatkan supply susu ibu yang banyak adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan tubuh badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu banyak usaha untuk memberi signal pada otak dan hormon. Disini saya nak kongsikan beberapa tips-tips yang saya sendiri amalkan semasa menyusukan Dalili juga dari ibu-ibu yang telah berjaya dalam mengumpul stok yang banyak. Moga ini dapat memberi sedikit info pada ibu-ibu ya:


 

1) Setkan minda untuk menyusukan baby dari awal lagi. Dapatkan ilmu dan fahami berkenaan konsep-konsep penyusuan sejak mengandung lagi terutamanya konsep 'Lebih kerap payudara dikosongkan-Lebih banyak susuibu akan terhasil'. Ini membuatkan anda lebih bersedia mengatasi sebarang cabaran.

2) Berinteraksilah dengan golongan ibu-ibu yang menyusukan anak. Ini secara tidak lansung mendorong anda untuk terus menyusukan anak anda. Menyertai kumpulan menyusu dalam Facebook atau Forum adalah salah satu cara.

3) Persediaan awal sejak mengandung lagi, khasnya dalam mendapatkan badan sihat, cergas dan fit semasa pantang. Ini memerlukan pemakanan yang seimbang. Jangan abaikan supplement (baik dari doktor mahupun dari selainnya) ketika mengandung kerana ia adalah penyumbang kepada nutrisi dalam badan. Nutrisi inilah yang digunakan untuk perkembangan baby semasa mengandung dan juga untuk penghasilan susuibu.

4) Dapatkan pam yang sesuai dan efektif bagi anda. 




5) Hanya beri susu ibu pada bayi anda. Ini adalah kerana bayi anda sendiri sedang belajar cara menyusu, apa susu yang nak diminum. Jika baby terbiasa dengan rasa susu formula, mungkin baby akan menolak susu ibu. Begitu jugalah dengan pengunaan botol susu atau puting, ini mungkin akan menyebabkan baby keliru puting dan seterusnya menolak penyusuan secara direct atau lansung dari ibu.


6) Ambil peluang mengumpul stok semasa berpantang. Jika baby tidur pada waktu malam lebih dari 2 jam, anda boleh mengepam. Ataupun pam selepas bayi habis menyusu. Biarpun pada mulanya hanya mendapat 1 oz atau tiada lansung, lama-lama akan bertambah.


7) Satu lagi cara adalah '' Tandem  Nursing '' iaitu beri baby di salah satu payudara dan pada waktu yang sama pam payudara yang satu lagi. Ini akan meningkatkan hormon penyusuan anda.



8) Jaga minum anda sepanjang perjalanan penyusuan. Air pastikan cukup, ikut rasa haus anda. Namun secara rawak, 8 gelas setiap hari. Tetapi jika anda mengambil supplement adalah lebih baik minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter.

9) Jaga pemakanan anda.Pelbagaikan makanan anda untuk memenuhi semua keperluan nutrisi. Pastikan ianya seimbang. Sekiranya anda ni jenis makan cincai, kurang makan sayur atau buah, tidak suka minum susu dan lain-lain lagi masalah pemakan, maka pengambilan supplement amat digalakkan. Cubalah mengambil supplemen SHAKLEE untuk memenuhi keperluan nutrisi harian anda.

Ingat, anda memerlukan 500 extra kalori untuk menghasilkan susuibu. Jadi jika nak diet, jangan amalkan makan sedikit tapi amalkan diet yang sihat: kurang minyak, kurang nasi, banyak sayur, protin dan kalsium cukup dlll. 

10) Cuba elakkan dari rasa stress. Dapatkan rehat yang cukup. Stress akan menyebabkan tubuh badan bekerja dua kali ganda dari biasa. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan susu ibu.


11) Kosongkan payudara sekerap mungkin. Jika baby tidak menyusu, perlu pam untuk keluarkan susuibu. Ini adalah konsep no. 1... Kalau makan supplemen banyak-banyak pun, jika tiada permintaan untuk membanyakkan susuibu, maka penghasilan susu ibu tidak akan bertambah atau dalam kes lebih teruk, akan berkurang.

12) Sekiranya anda bekerja, maka perlu ada masa untuk pam ditempat pekerjaan anda. Kalau boleh amalkan rutin yang sama pada setiap hari. Seperti contoh pam pada masa yang sama, minum air selepas mengepam dan lain-lain lagi. Dan pamlah setiap 2-3 jam.

13) Amalkan teknik Power Pumping. Ini telah membantu ramai ibu-ibu khasnya bila susu ibu mereka merundum dan ibu-ibu yang mengepam sahaja tanpa penyusuan secara lansung.


Tip mengumpul stock susu

14) Berdoalah ikut kepercayaan masing-masing. Kalau anda tidak mengamalkan doa, mungkin anda boleh setkan minda positif. Mungkin baca ayat seperti, "saya boleh tingkatkan hasil perahan saya" setiap hari..




Ingin mencuba set Penyusuan Shaklee ? 
set penyusuan shaklee


. Facebook : Junaidah Marni ( Sila add friend dahulu ya )

. Sms / call/ whatsapp:  016-2202565 
. Pages Facebook : SIHATNutrisiShoppe




You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK