TIPS : KECANTIKAN

Tip dan kelebihan mencuci muka sebelum tidur

4:49 PM

Sebelum tidur, biasanya Jun akan pastikan kulit muka bersih sebersih bersihnya.. Mencuci muka adalah salah satu cara membuatkan kulit kita sentiasa bersih dan cerah. Masalah kulit berminyak, kulit kering, kusam dapat diatasi cepat..

Tip dan kelebihan mencuci muka sebelum tidur

Jadi entry kali ni, Jun nak sharekan sedikit Tip dan kelebihan mencuci muka sebelum tidur.. Jangan malas-malas nak cuci muka ye.. :)

Kelebihan Mencuci Muka Sebelum Tidur



1) Pori-pori dapat bernafas dengan bebas

Sisa kotoran akan melekat dekat muka kita selepas seharian kita biarkan muka kita dengan persekitaran yang semakin hari semakin tidak elok, tidak kira di dalam rumah atau di luar rumah. Oleh itu, mencuci muka sebelum tidur dapat membersihkan muka dari segala kekotoran dan memberi ruang pada kulit untuk bernafas. Mencuci muka sebelum tidur mampu memberikan rasa yang nyaman dan ringan sehigga dapat tidur yang nyenyak. Cuba bayangkan, kalau korang tak basuh muka, pagi esok mesti banyak minyak yang keluar dekat muka kan.



2) Kulit nampak segar setelah bangun

Selepas bangun, minyak pada wajah akan berkurang dan tiada kusam apabila mencuci sebelum tidur. Wajah akan nampak tidak sihat dan cerah sekiranya anda tidak mencuci muka sebelum tidur. Korang akan mengalami masalah kulit dan menampakkan wajah anda lebih tua dari usia anda..nak ke..mesti tak nak kannn..



3) Kulit terhindar daripada jerawat

Dari sini la kita mencegah masalah kulit seperti jerawat. Jerawat terjadi kerana pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria mula hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit. Jadi kalau bersihkan muka pada waktu malam, kita dapatla hindarkan jerawat ni daripada ada. Sel-sel kulit mati yang Anda miliki akan digantikan oleh sel kulit yang baru dan tentunya lebih sihat




Wajah merupakan bentuk penampilan seseorang yang dilihat untuk kali pertama di depan orang lain. Maka dari itu, kebersihan wajah pun harus dijaga. Jadi rajinkan diri untuk mencuci muka sebelum tidur.

Mengatasi Jerawat memang ada banyak caranya, tapi lebih baiknya kita menghindari terkena jerawat dengan mencuci muka  sebelum kita tidur setelah melakukan berbagai aktiviti. Ikuti langkah-langkah mencuci muka dengan betul

1. Cuci Tangan dengan sabun

Sebelum anda mencuci muka sebaiknya cuci tangan dulu dengan sabun, pastikan tangan  anda bersih dari semua kotoran

2. Membersihkan Makeup

Bersihkan terlebih dahulu  makeup makeup remover. Bersihkan dengan maksimal dengan menggunakan  kapas supaya tiada bahan mekap dekat muka, kalau tak sia-sia basuh muka tapi ada lagi sisa mekap dekat muka

3. Penggunaan Air Suam/ Sejuk

Basuh muka menggunakan air suam mematikan sel-sel yang tidak diperlukan atas kulit dan buat pori-pori wajah kita terbuka jadi senang nak wash away all the dirt yang terperangkap dalam liang roma. Guna air sejuk pula untuk tutup balik liang roma tu dan buat wajah kita lebih rasa bersih dan segar. Kalau rajin, basuhlah wajah dengan kedua-dua air setiap pagi. .

4. Pakai Toner

Untuk pastikan kulit sudah betul-betul bersih sampai ke dalam pori, boleh gunakan toner deep cleansing. Toner dapat  membantu untuk memaksimakan kebersihan, sehingga tiada sisa kotoran atau makeup yang bersembunyi di dalam pori.

5. Pakai Cream Malam / pelembab untuk elakkan kulit dari dehydration.

Walaubagaimanapun, jika mempunyai masalah jerawat, tidak digalakkan memakainya sebab boleh menyebabkan liang-liang di muka tersumbat. Kalau nak pakai juga bolehlah dalam kuantiti yang sedikit. Cara untuk memastikannya; ambil satu tisu dan lekapkan di muka setelah menyapu pelembap. Lebihan pelembap teresebut akan melekat di tisu.

6. Pakai ubat Jerawat

Jika anda ada jerawat, pakailah ubat jerawat hanya di area yang berjerawat saja, jangan guna secara menyeluruh dan merata.

Cara ini sebenarnya tidak hanya untuk mendapatkan kulit bebas dari jerawat, tapi juga terhindar dari masalah kulit seperti kusam, purging, kemerahan, kering dan lain-lain. 

Selamat mencuba !!!

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK