IBU MENYUSU

Taktik jayakan tandem nursing

10:42 PM

Taktik jayakan tandem nursing 



Sesuatu yang klise apabila anak yang lebih tua merajuk dan menganggap dirinya disisihkan setelah hadir orang baru dalam keluarga. Namun, dengan amalan tandem nursing, hal ini tidak terjadi apabila dia menyedari dirinya masih terus menerima limpahan kasih ibu. Malah anak-anak ini lebih rapat apabila “belajar” berkongsi dan menghargai antara satu sama lain.

Sementara itu, anda perlu berterima kasih kepada anak yang tua kerana dia sebenarnya bertindak sebagai pam semula jadi dalam menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluan seterusnya. Inilah kunci kejayaan tandem nursing. Lebih daripada itu, dia membantu mengurangkan masalah bengkak payu dara yang biasa terjadi di awal kelahiran bayi baru sekali gus mempercepatkan pengecutan rahim.

Hakikatnya, tandem nursing amat bermanfaat buat ibu yang melahirkan bayi pra matang. Ini kerana anak yang tua akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan susu dengan lebih cepat. Tindakan ini membantu bayi baru lahir mencapai berat badan stabil untuk menyusu secara terus. Menyusu si kakak/abang akan membantu anda mengurangkan bengkak susu kerana dia menghisap dengan lebih cepat berbanding adiknya.


Cabaran
 
Kepayahan untuk menyusukan dua orang anak serentak biasanya HANYA berlaku di awal kelahiran bayi. Ketika itu, anda untuk menyesuaikan diri dengan amalan penyusuan serentak, posisi yang sesuai bagi kedua-dua anak supaya selesa, mengepam (bagi mengumpul stok), payu dara tidak selesa akibat luka dan anak tidak mahu berenggang.


Antara lain, anda mungkin mengalami keletihan terutamanya jika kekurangan air atau mengamalkan pemakanan tidak sempurna serta kurang tidur.

Kesukaran turut dialami jika anda mengaplikasikan posisi penyusuan dan teknik lekapan yang salah ketika menyusukan anak secara serentak. Anda juga mungkin akan stres apabila kakak abang mula menunjukkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa memberi peluang kepada adiknya menyusu terlebih dahulu dan “barang” kepunyaannya harus mungkin tercari-cari kaedah terbaik dikongsi dengan orang baru.

Biar apa pun cabarannya, kesabaran dan tekad yang tinggi perlu dikukuhkan. Ketahuilah, penyusuan bayi baru lahir  sangat penting di awal kelahirannya. Dia memerlukan kolostrum sebagai pelindung diri. Memandangkan dia memerlukan lebih banyak masa untuk menyusu, jadi kakak/abang harus memberi peluang dan mengutamakan bayi. Dengan itu, anda dan suami boleh menarik perhatiannya untuk melakukan aktiviti lain atau menikmati snek atau makanan lain sebelum menyusu susu ibu. Hal ini hanyalah sementara. Selepas susu matang keluar, anda mempunyai pilihan untuk menyusukan kedua-duanya serentak dan mulakan rutin mengepam dan penyusuan seperti biasa.

Apa yang boleh anda lakukan ialah susukan bayi selama 20 minit di sebelah payu dara kemudian tawarkan dia payu dara sebelah lagi. Setelah bayi selesai menyusu, barulah kakak/abang diberi kesempatan untuk menyusu pula. Usah gusar, dia kurang mendapat khasiat. Dia telah memperolehnya melalui makananmakanan lain.

Kadangkala anda mendapati terlalu banyak susu hingga boleh menyebabkan bayi tersedak oleh aliran susu yang laju (let down reflex). Dalam keadaan seperti ini anda boleh menawarkan kakak/abang untuk menyusu terlebih dahulu untuk mengurangkan aliran susu.

Lebih banyak susu


 
Dengan permintaan daripada dua anak, penghasilan susu pasti sahaja menjadi banyak. Oleh kerana itulah, lebih banyak permintaan, lebih efektif penyusuan dan lebih banyak susu akan terhasil.


Mengikut kajian pakar, anda akan mengalami “lebihan” berbanding kurang susu. Ini kerana kitaran penawaran dan permintaan adalah seimbang. Semasa anak-anak  menyusu, otak akan menghantar impuls bagi menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluan seterusnya. Proses ini berterusan dan susu tidak akan kering malah menjadi lebih banyak.

Menyentuh soal penjagaan pemakanan, ambil makanan berkhasiat dan mencukupi. Selagi anda makan makanan yang mempunyai kalori yang cukup dan minum air dalam kuantiti yang berpatutan, anda dapat mengelakkan diri daripada dehidrasi dan kelesuan. Untuk makluman, kelesuan adalah petanda anda tidak mempunyai keperluan kalori yang cukup untuk tenaga. Penting untuk diketahui bahawa bukan kuantiti yang anda makan perlu dititikberatkan tetapi kualiti makanan yang diambil.

Bagi memastikan bekalan susu  mencukupi, anda perlu menjaga diri dengan makan makanan berkhasiat, kerapkan penyusuan, minum air dalam kuantiti yang Selain itu, anda harus menjauhi minuman berkafein dan melakukan senaman ringan setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Ia membantu anda tidur lebih lama dan mudah terjaga bila perlu menyusukan anak terutamanya di waktu malam. Antara lain jangan hadkan masa tidur semata-mata untuk menyusukan anak kerana penyusuan perlulah mengikut permintaan mereka.

Anda harus mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan secukupnya sejak dari awal agar dapat memastikan si manja menikmati khasiat susu ibu tanpa ada yang perlu bercerai susu. Anda harus kuat, tidak air dalam kuantiti yang berpatutan, anda dapat mengelakkan diri daripada dehidrasi dan kelesuan. Untuk makluman, kelesuan adalah petanda anda tidak mempunyai keperluan kalori yang cukup untuk tenaga. Penting untuk diketahui bahawa bukan kuantiti yang anda makan perlu dititikberatkan tetapi kualiti makanan yang diambil.

Bagi memastikan bekalan susu mencukupi, anda perlu menjaga diri dengan makan makanan berkhasiat, kerapkan penyusuan, minum air dalam kuantiti yang betul dan dapatkan rehat secukupnya. Selain itu, anda harus menjauhi minuman berkafein dan melakukan senaman ringan setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Ia membantu anda tidur lebih lama dan mudah terjaga bila perlu menyusukan anak terutamanya di waktu malam. Antara lain jangan hadkan masa tidur semata-mata untuk menyusukan anak kerana penyusuan perlulah mengikut permintaan mereka.

Anda harus kuat, tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang dan yang paling penting, suami turut perlu mempunyai ilmu penyusuan agar mampu menjayakan tandem nursing. Anda perlu banyak bersabar dengan kerenah permata hati. Kepercayaan pada diri sendiri penting kerana semua ibu mampu menyusukan anak mereka walau berapa pun bilangannya.



Taktik jayakan tandem nursing

LANGKAH 1: Amal pemakanan tinggi khasiat
Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil makanan sihat seperti daging, buah-buahan, sayursayuran, bijirin penuh dan produk tenusu. Makanan yang diambil perlulah mengandungi protein, besi, kalsium, asid folik dan zink yang tinggi. Makanan ringan seharusnya dihadkan. Juga, jangan lupa minum lebih banyak air. 

LANGKAH 2: Tetapkan giliran atau serentak?
Dalam beberapa hari pertama, anda pasti mahu bayi mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan. Setelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak. 

LANGKAH 3: Kenal pasti posisi bersesuaian
Anda boleh mengaplikasikan pelbagai posisi. Anda boleh memegang kedua-dua anak dalam posisi Cradle Hold atau Football Hold atau menggabungkannya. Antara lain, anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring. Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri. 

LANGKAH 4: Bertenang
Susukan bayi dalam keadaan tenang agar anda dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlangsung. 

LANGKAH 5: Minta tolong
Mintalah pertolongan daripada suami, ibu, ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan mengalih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.
INFO : Tidur dan rehat mencukupi penting untuk mengelakkan oksitosin terencat sekaligus mengelakkan pengeluaran susu terbantut.



Klik sini  untuk supplement sepanjang kehamilan, selepas melahirkan, berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu ekslusif 

You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK