ALFALFA

Masalah Keputihan

2:13 AM

Masalah  keputihan dikalangan wanita ramai yang menganggap menceritakan mengenai masalah alat sulit atau alat kelamin kepada orang lain sesuatu yang mengaibkan atau memalukan. Akibatnya ramai wanita mengambil sikap berdiam diri apabila berhadapan masalah keputihan ini kerana tidak mahu diketahui orang lain


Hakikatnya pada zaman sains dan teknologi ini, hal berkaitan masalah membabitkan kawasan paling sensitif bagi wanita tidak sepatutnya disembunyikan. Dalam kehidupan mereka, penjagaan alat sulit dianggap penting kerana berkait rapat dengan perkara yang berlaku kepada hampir semua wanita seperti pengeluaran darah haid serta hubungan seksual dan kehamilan bagi wanita yang sudah mendirikan rumah tangga. Alat sulit yang tidak dijaga sepenuhnya akan menyebabkan jangkitan kuman yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual.

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan. Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya. Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan. Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes. Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis. Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.

Bagaimana nak merawat dan mencegah masalah Keputihan ??


Di Shaklee, produk yang amat sinonim dengan masalah keputihan adalah Alfalfa Complex. Ia adalah antara suplemen yang bersifat anti kulat. Alfalfa sangat membantu terutama sekali berkaitan masalah dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti Kacip Fatimah. Sifat ini sangat membantu terutamanya  bagi mereka yang mempunyai masalah dalam "hubungan" suami isteri.

Apa pula  kata mereka yang telah mengamalkan Alfalfal Shaklee ni.. 






Jika anda ada sebarang pertanyaan dan Order  boleh hubungi saya melalui


. Facebook : Junaidah Marni ( Sila add friend dahulu ya )
. Sms / call/ whatsapp:  016-2202565 
. Pages Facebook : SIHATNutrisiShoppe



You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK