TIPS : MENJAGA LUKA EPISOTOMI

10 Petua luka bersalin cepat sembuh

2:07 PM

Bagi yang sudah melalui saat-saat bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi ketika berpantang.


Luka bersalin normal akan cepat sembuh kalau penjagaannya betul dan ibu-ibu sentiasa menitikberatkan kebersihan pada diri.

Namun, bagi yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya cara untuk menjaga luka selepas bersalin nanti. Di sini dikongsikan 11 tips cara menjaga luka bersalin normal (luka episiotomi) agar cepat sembuh tanpa bermasalah.

Cuba amalkan 10 tips ini: -


1. Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit.


2. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor.


3. Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas.


4. Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.


5. Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.


6. Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. 

 
7. Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.


8. Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina.


9. Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan.


10. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali.




Klik sini  untuk supplement sepanjang kehamilan, selepas melahirkan, berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu ekslusif


Sila baca artikel berkaitan:
Sila baca artikel berkaitan:
Sila baca artikal berkaitan :

1. Takut Bersalin ?
2. Tip mudah bersalin secara normal
3. Masalah angin pasang


You Might Also Like

0 comments

LIKE US ON FACEBOOK